Monday, June 23, 2014

Daging/Bilis Crunchy

Fenomena baru!
Daging dan bilis crunchy. Lauk segera yang berkhasiat, memudahkan ibu-ibu untuk menyediakan juadah bersahur. Hanya masak nasi dan makan dengan daging/bilis crunchy memang umpph, terangkatlah!


Dah tembus pasaran Brunei/Singapore

Promosi sempena Ramadhan

1 pek rm18
2 pek rm35
3 pek rm50

Postage 1-3 pek rm6 semenanjung, sabah & sarawak rm9
1 pack = 150 gram


Enak. Ringkas. Mudah
Hanya bukak dan boleh terus dimakan bersama nasi panas, roti atau sebarang hidangan kegemaran.
Tahan 3 bulan
Tak perlu simpan dalam fridge
Dengan pek yang boleh diseal setelah dibuka
Produk Muslim
Halal
Homemade food




Nak order?

SMS/Whatsapp
Ayu | 0124631670
Hadi | 0179700379

Thursday, May 15, 2014

ZARA sekarang..

Suka mengamuk. Kuat merengek. MANJA!

Pagi ni macam semalam. Lambat masuk ofis tapi lebih cepat dari semalam. Lambat 5 min je sampai ofis.

Df sampai kul 630 pagi. Ibu nak tahajjud kul 5pagi (sebab tengah malam tak sedor), dia bangun nk susu, maka terbantut, ibu tak sempat solat sunat semalam..

Bangun meraung. Nak susu lagi. Ibu nak pergi ofis alahai anak. Ya Allah kuatkan lah kesabaran aku. Kat depan aku ni hanyalah budak berumur 2 tahun yang tak paham apa2 walau kadang kala dia buat drama:)

Ibu cuba tenang-tenang. Bukak laptop. Takmo suara nyaring ibu kejutkan orang2 kat blok chengal kita ni. Bukak upin-ipin, diam lah dia. Sepantas kilat sediakan susu, bekalan, baju untuk bawak umah bs. Gi solat subuh, mandi sepantas boleh. Iron baju siap2. Tutup laptop nanes dia, janji nk beli aiskrim..Alamak, kena singgah kedai beli satgi..Tula janji lagi..fuh!!

Takmo pakai kasut, tak mo jalan sendiri nak ibu dukung. Airmata hingus semua campur sekali. Haih anak..Sedih tau ibu nak keje macam ni..sob2..sabarlah hati..
Masuk keter termenung. Ibu angkat tangan, doa macam selalu sebelum gi ofis, zara angkat jugak tangan. Sambil menung..

Sampai umah tok mummy, cebik2 sedih. Dengar lah suara dia nangis. Kesian..Pergi keje dengan hati yang sayu.....

DAh 2 minggu taknak p sana, ntah la kenapa. Harap cepat2 lah dpt wahm..Amin Ya Rabbal Alamin..


Tuesday, May 13, 2014

13 May

Buah hati ibu genap 2 tahun.

Alhamdulillah..sekejap je masa berlalu.

Zara si comel ibu, manja ibu, buah hati ibu, jantung dan nyawa ibu dan papa..
Rasa baru semalam je lahirkan si comel ni.
Makin manja, bijak, petah berkata2 walau kadang2 tak paham bahasa German dia tu. hehe..


Ni ibu letak pic zara masa baru lahir..1st time nurse bawak zara jumpa ibu, bulat mata zara pandang ibu. Mesti zara tau ni ibu zara, dengaq suara pun dah tau. yang banyak cakap ni kan hehe. Zara ni ada talent jd mcm ibu jugak suka bercakap:)

Ibu doakan zara panjang umur, jadi anak yg solehah dan sihat selalu. Berjaya dan bahagia dunia akhirat..Besor esk jgn lupa ibu dan papa:)

Keluar rumah pagi makan mama, konon nk papa blanje, ok papa banje mamak hehe..zara buat hal ngamuk. papa nk g amik towel kami plan nk bawak zara gi wet world. hhehe zara kan suka main air. nk balik jap amik brg, si zara ngamuk. bg tdo dulu..then dah petang alahai malas nk p mana. bawak zara makan kt puncak jalil, restoran azee..terserempak pulak dgn abg aku, kak ela dan mikail anak depa. Apalagi kira pre-celebrate la bday zara hehehe..paklong maklong siap bg hadiah beg pororo lg..

blk tu ibu g beli teddy bear besar utkzara..ibu namakan koko..sbb kaler pun koko..kih2..

nasib baik ara suka:)

Alhamdulillah..went well semuanya hari ni..sederhana..yg penting zara sihat dan happy tu dah cukup bahagiakan ibu dan papa. Sayang zara ketat2:)

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita pagi 13 May..

Papa pagi2 lagi dah wish pd ibu..

Papa : Ibu..selamat hari ibu..
Ibu : Hari ibu ahad td, 11 May..
Papa : Bukan ke 2 tahun lepas hari ni ibu jadi ibu kan?

Tersengih2..betul jugak kan hehehe

Malu seketika..

Sunday, May 11, 2014

OAT CHOCO

OAT CHOCO IN THE HOUSE!!!


Ayu ada jual Oat Choco pulak. Stock sampai Jumaat malam tadi. Jap je dah kena rembat sekotak.

Yaang dok area Seri Kembangan, Taman Equine, Seri Serdang, Serdang Raya, Lestari Putra, Putra Permai dan sewaktu dengannya, boleh sangat nk kami COD. ESok kerja2 delivery akan dijalankan. Stok sangat2 lah terhad, jadi contact ayu sekarang jugak.

Oat Choco ni snack yang sangat berkhasiat, boleh ganti junk food untuk anak-anak yg suka junk food. Memang sesuai untuk yang berdiet. Yang nak instant breakfast, bawak je dalam handbag, bila2 lapor makan je.

Contact laju-laju ye:)
Ayu : 0124631670
Hadi : 0179700379

Thursday, May 8, 2014

9 May..

Sayu hati hantar Zara ke baby sitter muka dia cebik2 je tengah bs..Adohai ini yang paling ibu lemah ni Zara. Dia tak pandai cakap lagi. Setakat cakap simple word boleh. Kalau nak cite apa yang berlaku tu belum lagi. Cuma doakan Zara baik-baik saja kat sana.

Memang sejak 2 minggu ni dia sangat tak nak ke sana. Pagi-pagi bangun terus je nangis. Pakai kasut pun tak nak semua tak nak. Memang moody sangat2..

Sampai ke lif boleh dengar suara dia nangis. Memang hancur luluh hati.. Sesekali berlinang juga air mata, hati seorang ibu mana tak tersentuh..Spoil mood i nak gi keje, rasa nk dok umah dengan zara je layan dia tgk upin2 dan makan ais krim:)

Semoga cepat-cepatla Ayu jadi wahm.
Ya Allah engkau kabulkanlah doaku..

My Business, My Target..

Ayu mula join Shaklee Januari 2014.

Teruja tengok abang ayu bersemangat dengan Shaklee. nak cuba nasib. Ayu dah lama ambik Shaklee since umur zara setahun. Susu merudum. Alhamdulillah Shaklee sesuai dengan Ayu. Production kembali meriah seiring dengan keperluan Zara. Syukur. Lagi 9 hari Zara nak masuk 2 tahun. Masih bf lagi..

Bila kita join sesuatu tu bukan untuk main-main ye. Ayu suka buat sesuatu dengan serius, kalau tak ayu tak join. Alang-alang join, biar sampai habis, takmo half way. Target Ayu nk naik rank sebelum raya. Semua doakan Ayu. Ayu yakin rezeki di tangan Allah. Allah dah tentukan. Belum sekarang, inshaaAllah nti..
Tak lambat dan tak cepat, sabar menanti..

Qaseh Ayu join hujung bulan 1. Saja nk cuba nasib, alhamdulillah so far selang-selang hari orang beli, rezeki..

Target Ayu lg setahun ayu nak jd wahm, work at home mom. Minta semua pembaca doakan Ayu..Semoga boleh jaga zara dengan tangan sendiri. Penat fully hw tapi kepuasan ank depan mata itu yang paling utama.

Yang nk order Shaklee, atau Qaseh Gold boleh hubungi Ayu - 0124631670

May 2014- Family outing

Weekend..takde arah tujuan nak ke mana. Kesian Zara, selepas breakfast kat rumah, kami keluar gi buat rubber stamp untuk flyers qaseh dan shaklee:) Ok dah tempah, Isnin malam siap kedai kata.

Then, kami plan nk gi Shah Alam makan nasik ayam Seksyen 6 yang sangat lah sedap. menggamit semula kenangan zaman moda2 kat situ. Belakar UITM, tinggal umah sewa Seksyen 6. Memanglah sedih kalau ingat balik, bitter sweet memories..

Makan-makan situ. Kol supplier flyers shaklee, then deals dengan dia jumpa di tesco. senang berurusan dengan dia. lega. sambil2 tunggu dia sampai bergambo2 dalam kete dengan zara dan papa. Kemain sonok zara.

Sempat masuk tesco naik keter gerak2 tu 3 round. Tak lama supplier call dah sampai jumpa dia depan pintu masuk..

Tatau dah nk gi mana, gi hanta flyers rumah abang aku, sebab dia pun order jugak. Lepak2 sana jap, balik rumah rest. Wahhhh esk keje, monday datang lg.............

Ni dia gambo kami Weekend td. Happy family kan kami. Lalala..