Thursday, May 8, 2014

9 May..

Sayu hati hantar Zara ke baby sitter muka dia cebik2 je tengah bs..Adohai ini yang paling ibu lemah ni Zara. Dia tak pandai cakap lagi. Setakat cakap simple word boleh. Kalau nak cite apa yang berlaku tu belum lagi. Cuma doakan Zara baik-baik saja kat sana.

Memang sejak 2 minggu ni dia sangat tak nak ke sana. Pagi-pagi bangun terus je nangis. Pakai kasut pun tak nak semua tak nak. Memang moody sangat2..

Sampai ke lif boleh dengar suara dia nangis. Memang hancur luluh hati.. Sesekali berlinang juga air mata, hati seorang ibu mana tak tersentuh..Spoil mood i nak gi keje, rasa nk dok umah dengan zara je layan dia tgk upin2 dan makan ais krim:)

Semoga cepat-cepatla Ayu jadi wahm.
Ya Allah engkau kabulkanlah doaku..

No comments:

Post a Comment